
Oleh: Aimi Nordin Sumber: DailyMail
Satu video mengharukan apabila penumpang sebuah bas di Nanning, China membantu seorang wanita yang tiba-tiba menjerit kesakitan kerana ingin melahirkan anak. Dalam video tersebut dapat dilihat apabila penumpang lelaki semuanya pergi ke bahagian belakang bas manakala yang perempuan membantu wanita ini.
Bagaimanapun, pemandu bas menjadi hero apabila meminta penumpang menelefon ambulans sementara dia memandu sepantas mungkin ke hospital berhampiran.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm