Oleh: Aimi Nordin Sumber: Nextshark
Siapa tak geram semasa tengah memandu kereta belakang kita pasang lampu tinggi. Kan dah menyusahkan dan membahayakan kereta di depan dan dari arah bertentangan kerana menyebabkan silau.
Jadi disebabkan geram dengan pemandu yang suka guna lampu tinggi tak kena tempat ni, pemandu di China menampal sticker hantu pada cermin belakang kereta mereka. Jadi, bila pemandu belakang guna lampu tinggi sahaja, cahaya tersebut terus mengarah pada 'hantu'.



Apa pun dua-dua salah okay? Guna lampu tinggi salah, letak sticker boleh mengejutkan orang pun salah. Pastikan memandu dengan berhemah dan hormati pemandu lain.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm