
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Today.com
Akibat kecuaian seorang ibu, seorang bayi 11 bulan terjatuh namun abangnya yang berusia 9 tahun sepantas kilat menyambut adiknya yang tergolek dari meja menukar lampin. Daripada kamera CCTV, ibunya Tila Levi meletakkan bayinya sebelum membantu seorang lagi anaknya melakukan kerja sekolah.
Melihat adiknya tergolek dan terjatuh Joseph terus menyambut adiknya.
"Saya tidak akan dapat sambut dia. Saya tidak boleh berjalan dengan cepat, tapi saya merasakan seperti ada sesuatu yang datang dan menolak saya ke hadapan dan apabila ia berlaku, saya hanya berlari dan menangkap beliau," jelas Joseph.
"Saya tidak akan dapat melakukannya sekali lagi kerana saya tidak boleh mengangkat dia."
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm