
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Mstar
Selepas Minzy menarik diri daripada kumpulan 2NE1, pada April lalu. Kini giliran CL dan Sandra pula mahu bergerak solo. Jadi, syarikat pengurusan YG Entertainment dalam satu kenyataannya mengumumkan kumpulan 2NE1 secara rasmi telah dibubarkan pada Jumaat lalu.
"Pada Mei 2016, konsert 2NE1 dengan YG sudah berakhir dan Minzy mahu ke agensi pengurusan lain. Kami sudah mebuat perbincangan dan semuanya bersetuju untuk bubar," ujar pihak agensi.
"Kami berterima kasih kepada peminat yang banyak menyokong 2NE1. Dua ahli sudah menandatangani kontrak solo dan Park Bom tidak mahu meneruskan kontrak," tambahnya.

Mesej Sandara buat peminat 2NE1
Ini adalah persembahan terakhir mereka sebelum dibubarkan secara rasmi minggu lalu.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm