
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Twitter @ayda_jebat
Hujung minggu lalu viral di Twitter video pelakon dan penyanyi Ayda Jebat dirampas telefonnya ketika mahu berselfie dengan Lee Kwang Soo di atas pentas dengan beberapa artis tempatan lain seperti Saharul Rudzwan dan Hairul Azreen.
Bagaimanapun, Lee Kwang Soo yang melihat kejadian itu mengikut krew tersebut dan mengambil semula telefon Ayda Jebat.
Rata-rata netizen menyatakan rasa ketidakpuasan hati dan menganggap ianya satu tindakan yang kurang ajar apatah lagi di hadapan ramai orang. Ayda ada memuat naik satu tweetnya yang mungkin ditujukan kepada kejadian tersebut.

Kelihatan semuanya tercengang selepas krew tersebut merampas telefon Ayda Jebat ketika itu.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm