
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Nextshark
Lagu Pen Pineapple Apple Pen ni siapa lagi yang tak tahu? Satu dunia rasanya dah tahu lagu ni. Lebih 90 juta view kat Youtube, siap menang Guiness World Record dan banyak lah lagi. Disebabkan lagu ni lah penyanyilah Piko Taro jadi famous. Tapi jadi kaya tak sebab lagu ni?
Dalam satu temuramah di sebuah televisyen, Piko Taro ditanya berapa bayaran yang diterima untuk lagu ni yang dah jadi viral dan popular. Piko Taro terkejut dengan sambutan yang diterima. Namun bila dia jawab mengenai bayaran, "Saya tak terima satu yen pun" dan ianya sangat mengejutkan!
Apa taknya, dekat iTunes paling banyak download dan pastinya lagu PPAP di carta Billboard Japan Hot 100. Takpe, mungkin tunggu album keluar okay?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm