
Oleh: Aimi Nordin Sumber: The Star
Tak dapat dibayangkan keperitan hidup dan pengorbanan yang terpaksa dilalui budak lelaki berumur 11 tahun ini. Demam panas pada tahun 2013 mengubah hidup Shi Luyao. Laporan perubatan menunjukkan dia menghidap acute lymphocytic leukaemia iaitu leukimia yang sering terjadi pada kanak-kanak.
Ibunya meninggalkannya akibat kemiskinan dan tak muncul lagi selepas itu. Kemudian, Shi Luyao dijaga oleh atok dan neneknya sebelum ayahnya mengambil alih menjaganya. Kos perubatan terlalu tinggi hingga mencecah RM 123, 775 untuk 2 tahun.
Untuk ringankan beban keluarga demi kos perubatannya, Shi Luyao pergi ke hospital sendiri yang terletak di Kunming iaitu 400 km dari kawasan rumahnya. Dia ambil bas di bandar Liupanshui sebelum menaiki kereta api di Kunming. Pertama kali pergi sendirian, Luyao menunggu 6 jam untuk kejar kereta api pada jam 3 pagi.
" Saya nak menangis tapi saya berhenti sebab saya tak mahu orang tahu saya sendirian," kata Luyao.
Setiap kali selepas biopsi tulang sumsum, dia sepatutnya rehat dan baring untuk beberapa jam. Tapi Luyao menahan sakit dengan pulang ke rumah kerana tak mahu terlepas waktu persekolahan.
"Saya tak ingat berapa kali saya tengok matahari terbit di stesen kereta api," katanya sambil menangis.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm