
Oleh: Aimi Nordin Sumber: colormatters & gethealthyharlem
Terdapat pelbagai jenis ubat yang ada didunia ni. Ada pelbagai bentuk, warna, rupa dan rasa. Kalau kanak-kanak memang akan diberi ubat jenis cecair. Tapi kita yang dah tua bangka ni memang makan ubat pil la jawapannya.
Tapi kenapa ubat pil ada macam-macam jenis warna dan bentuk eh? Ada yang bulat, yang lonjong, ada yang transparent.
1. Warna pil yang berlainan membantu emosi pesakit dan mengurangkan kesilapan perubatan.
2. Warna pil yang berbeza juga memudahkan pesakit untuk mengenalpasti bila ubat tersebut harus diambil dan berapa banyak.
3. Rupa dan keunikan pil juga sebenarnya membantu ahli farmasi untuk mengenal pasti ubat dan mengelakkan daripada berlaku kesilapan.
4. Bagaimanapun, warna ubat tak mengubah keberkesanan ubat itu.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm