
Sudah tentu anda tidak mahu jatuh sakit, bukan? Maka dengan itu anda kena pandai mengambil langkah yang baik untuk menjaga kesihatan diri dan mesti mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dengan ini, ianya akan memastikan tahap kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik sentiasa. Kepentingan dan kesedaran tentang menjaga kesihatan diri bukan sahaja dapat menghindar diri dari terdedah kepada ancaman penyakit, malah ianya akan menjamin kesihatan mental dan dapat mengurangkan tekanan.
Portal MyHealth di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bukan saja menyediakan pelbagai maklumat mengenai kesihatan tetapi anda juga boleh uji minda dengan kuiz yang menyeronokkan.
Kuiz ni meliputi segala aspek kesihatan seperti pemakanan, optometri, pergigian dan banyak lagi. Yang paling penting semua jawapan kepada kuiz ni anda boleh dapat di portal MyHealth ni. Seronok kan? Sambil buat kuiz sambil tambah ilmu. Anda juga boleh memenangi wang tunai sebanyak RM1000 dengan menyertai kuiz ini beserta dengan slogan kreatif.
Jom cuba kuiz ini di portalmyhealth.com.my .Nak tahu lebih lanjut mengenai kuiz dan pembayangnya? Layari sahaja laman web http://www.myhealth.gov.my/