Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Aizzaty Roshaidah
Ajal maut itu terletak di tangan tuhan, setiap makhluk yang bernafas dan bernyawa, semuanya pinjaman daripadaNya. Sudah pasti kita sebagai manusia akan sedih jika kehilangan orang yang tersayang. Namun, sudah menjadi ketentuan illahi, seberat mana pun dugaan itu, kita harus lah redha dan terima dengan hati yang terbuka. Seorang ahli perniagaan online, Aizzaty Roshaidah berkongsi satu perbualan whatssap bersama dengan pelanggannya di laman sosial facebook beliau ternyata sangat memilukan hati netizen yang membaca.
Apakan daya nasib si ibu ini. kehilangan anak dengan sekelip mata sahaja. Ibu mana yang tidak sedih? Tambahan, jika orang kesayangan pergi mengejut, ianya merupakan satu tamparan hebat dalam hidup kita. Jadi, selagi masih wujud dan ada bersama kita, hargailah dan sayangilah mereka . mari kita ikuti kisah sedih ini.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm