Oleh Syazwan Aizad. Sumber Facebook.
Boleh dikatakan setiap insan di dunia ini bercita-cita untuk menjadi kaya raya. Ia sudah menjadi tabiat manusia sejak dahulu lagi.
Namun, adakah kekayaan dan harta itu menunjukkan seseorang itu mempunyai sifat mulia dan terpuji?
Satu eksperimen sosial telah dijalankan oleh seorang pemuda di Kuala Lumpur, dengan meletakkan beberapa kamera tersembunyi, merakamkan reaksi orang Malaysia apabila seseorang telah tercicir wang daripada koceknya.
Hampir kesemua yang menjumpai wang tercicir itu telah mengambil wang tersebut, walaupun ia nyata bukan milik mereka.
Tetapi, seorang peminta sedekah di tepi jalanan menunjukkan reaksi sebaliknya apabila beliau telah memulangkan wang tersebut walaupun nyata beliau kurang berkemampuan.
Jom kita lihat video ini di bawah;
Jadi, apa pendapat korang? Adakah harta benda itu benar-benar menunjukkan keperibadian seseorang?
Kredit Video: Jason Lim Production
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm