Sumber Astro Arena
Anak saudara kepada Sultan Brunei yang bernama Faiq Jefri Bolkiah berusia 17 tahun berjaya mengikat kontrak dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris Leicester City selama tiga tahun. Untuk makluman, Faiq sebelum ini merupakan pemain Chelsea bawah 18 sejak tahun 2014. Dan sebelum ini beliau juga pernah menyertai Arsenal dan Reading.
Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Faiq berbesar hati mengumumkan mengenai kontrak 3 tahun bersama Leicester City dan sangat berterima kasih dengan keluarga dan juga sahabat rapatnya atas sokongan yang telah diberikan.
Pasukan Leicester City telah memerhatikan Faiq sekian lama dan melihat Faiq mempunyai masa depan cerah bersama skuad The Foxes.