← Back to list
Pemilik Kereta Porsche Ini Layak Terima “Hadiah” Daripada Penduduk Shanghai
Mar 25, 2016

0leh Feyra Nasrom Sumber Shanghaist
Ya, “ Hadiah “ istimewa buat pemilik kereta Porsche akibat letak kereta di merata tempat . Tidak kira kereta mahal atau tidak, jika kelakuan tidak memikirkan orang dan keadaan sekeliling, jadi memang layak pemilik kereta mewah ini menerima sejumlah dakwat dan telur yang banyak ke atas keretanya.
Tapi… sebelum itu, baca dahulu apa motif pemilik ini bertindak meletak keretanya sesuka hati. Menurut sumber, pemilik kereta Porsche, Huang sebenarnya ingin membalas dendam terhadap sikap pengawal keselamatan kerana mendakwa dirinya menyimpan kereta di dalam kawasan perumahan selama 7 hari sedangkan kereta itu baru sahaja diletakkan satu hari.
Timbul pertikaian apabila pengawal tersebut berkeras meminta bayaran yang tidak sepatutnya Huang bayar hingga menyebabkan pengawal tersebut bertindak memaki hamun pemilik kereta Porsche itu. Menurut Huang masalah seperti ini tidak sepatutnya terjadi dan diperbesarkan memandangkan beliau merupakan penghuni kawasan tersebut.
Konon ingin membalas dendam , Huang bertindak meletak keretanya di pintu masuk utama perumahan dan tinggalkan selama 14 jam. Tindakan itu menyusahkan keadaan penghuni lain dan menghalang laluan keluar masuk orang ramai. Walaupun berkali-kali menerima panggilan agar mengalihkan kenderaannya, Huang tetap berkeras dan hanya membiarkan kereta mewahnya di situ.
Akibatnya, perbuatan Huang mengundang kemarahan orang ramai dan mereka bersepakat untuk memberi pengajaran dengan melempar beberapa biji telur, makanan dan juga dakwat hitam ke arah kereta Porsche tersebut. Tak pasal-pasal kereta jadi mangsa. Kalau betul nak lepas rasa sakit hati tu, tidak perlulah sampai menyusahkan orang lain. Daripada benda yang sepatutnya elok akhirnya jadi lebih teruk. Salah siapa? Wajarkah tindakan Huang?



*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
“Sepanjang Perjalanan Mereka Menjaga Kami “– Kisah 2 Ekor Anjing Dan Sekumpulan Pendaki
Next →
[Video] Demi Wang, Sanggup Dakwa Diri Dilanggar Oleh Sebuah Kereta Mainan