← Back to list
[Video] Demi Wang, Sanggup Dakwa Diri Dilanggar Oleh Sebuah Kereta Mainan
Mar 25, 2016

Oleh Feyra Nasrom Sumber Shanghaist
Seorang wanita warga emas telah menjadi subjek cemuhan dan ejekan dalam talian selepas video viral menunjukkan beliau enggan bangun dari kaki lima Chongqing, China selepas dilanggar oleh sebuah kereta mainan
Dalam video tersebut , kelihatan nenek dan ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut bertengkar menyalahi sesama sendiri. Malah, nenek tersebut menelefon pihak bomba dan mendakwa dirinya dilanggar kereta mainan.
Walau bagaimanapun, pengakuan nenek ini terhadap pihak bomba langsung tidak masuk akal dan netizen mula jadikan isu ini sebagai bahan jenaka.
Kejadian seperti ini sebenarnya satu kebiasaan di negara China. Mereka dikatakan sengaja membuat diri dilanggar untuk mendapatkan wang pampasan. Bahkan, ada yang sanggup berdiri di tengah jalan untuk minta diri dilanggar. Semuanya kerana wang. Dasyat betul, dengan kereta mainan pun boleh jadi penyebab untuk dapatkan pampasan? Tak logik sangat tu.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Pemilik Kereta Porsche Ini Layak Terima “Hadiah” Daripada Penduduk Shanghai
Next →
Isteri Baca Whatsapp Suami Dengan Bekas Kekasih. Tapi Cara Suaminya Balas Memang Win