← Back to list
“Sepanjang Perjalanan Mereka Menjaga Kami “– Kisah 2 Ekor Anjing Dan Sekumpulan Pendaki
Mar 25, 2016
.png)
Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Firdaus Hisham
Tersentuh hati baca kisah sekumpulan lelaki yang dijaga oleh dua ekor anjing ketika dalam perjalanan mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat Selangor. Pengalaman itu dikongsi oleh Firdaus Hisham yang menceritakan bagaimana mereka sekumpulan diekori dua ekor anjing dari awal hingga akhir perjalanan.
Jom kita ikuti kisah yang dikongsi oleh Firdaus Hisham ini .
Ramai yang bertanyakan tentang 2 ekor anjing yang mengikuti kami panjat Gunung Nuang dari awal sampai akhir. Saya menamakan mereka Johnny dan Tonny.
Pada mulanya kami agak takut mereka menggigit kami atau menjilat kaki kami. Sebab nanti kena samak bagai. Tapi anjing tersebut hanya mengekori kami. Walaupun kami pecah 2 group. Johnny akan berada di depan dan Tonny di belakang.
Sepanjang perjalanan mereka menjaga kami. Bila ungka atau monyet menjerit2 di dalam hutan. Johnny akan menjerit dan ungka2 terus terdiam. Kadang2 Tonny akan menyalak tetiba ke arah benda yan tak dinampak (makhluk halus). Lebih2 lagi selepas melalui jalan yang tetiba ada haruman yang sangat wangi. Dan bila kami hampir digigit anjing hutan liar. Tonny meyalak dan anjing2 hutan tak berani mendekati kami.
Kami memang tak pernah sentuh Johnny dan Tonny. Cuma kami memberi mereka makan sebagai tanda terima kasih kerana menjaga kami. Mungkin mereka penjaga di situ.
Alhamdulillah Allah turunkan kedua anjing ini untuk kami. Kalau tidak tak tahulah apa jadi pada kami.
.jpg)
Anjing dikenali sebagai haiwan yang ganas dan liar. Sesiapun akan takut jika bertemu dengan anjing. Namun, lain pula kisah sekumpulan pendaki ini. Tidak sangka, kehadiran Johnny dan Tonny ini rupanya memudahkan lagi perjalanan mereka daripada segala halangan dan gangguan makhluk yang berada dalam hutan tersebut. Besarnya kuasa tuhan menghantar dua ekor anjing ini sebagai pelindung mereka sekumpulan. Subhanallah !
← Previous
Origami Printer Daripada Kadboard
Next →
Pemilik Kereta Porsche Ini Layak Terima “Hadiah” Daripada Penduduk Shanghai