← Kembali
Lelaki Ini Terkejut Tempah iPhone 6S Tetapi Mangga Besi Yang Sampai
Mar 08, 2016
Oleh Feyra Nasrom. Sumber Astro Awani
Kes seorang pengguna laman Facebook ada memuat naik status serta beberapa gambar barang tempahan yang sepatutnya Iphone 6s namun yang tiba ialah mangga besi itu sememangnya mengejutkan. Malah, kisahnya viral di media sosial.
Alans Ng mendakwa dirinya membuat tempahan iphone 6s secara online di 11street namun barang yang tiba tidak seperti yang diharapkan. Alans kemudiannya berang dengan tindakan cuai penjual tersebut lantas meminta pihak yang terlibat menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Menurut Alans Ng, kecuaian yang berlaku itu mungkin berpunca dari pihak penjual atau pengedar , beliau tidak menyalahkan pihak kurier kerana kondisi plastik serta kotak masih berada dalam keadaan rapi dan tidak koyak. 11street Malaysia yang menerima aduan daripada Alans Ng lantas menyelesaikan masalah tersebut dan Alans Ng sudahpun menerima iphone 6s sebenar dari penjual.

Menurut 11street, pihak mereka tidak akan membuat bayaran kepada penjual sehinggalah pembeli membuat pengesahan menerima produk dengan selamat dan tiada sebarang kerosakan. 11street akan mengambil tindakan serius jika berlakunya sebaran penipuan di laman e-dagangnya.
Berhati-hatilah ketika membeli sebarang produk di internet, jadilah pengguna yang bijak dan pastikan barang yang ditempah akan tiba pada waktu yang dijanjikan. Jika anda mengalami situasi seperti ini, cepatlah bertindak dan mengadu pada pihak yang terlibat untuk mengelakkan diri anda terjebak di landasan penipuan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Gadis Ini Transformasikan Diri Menjadi Barbie Untuk Tawan Kembali Bekas Teman Lelaki
Next →
Ingin Tahu Cara Paling Berkesan Untuk Hilangkan Batuk Anak Anda? Jom Lihat Cara-Caranya !