← Kembali
Ingin Tahu Cara Paling Berkesan Untuk Hilangkan Batuk Anak Anda? Jom Lihat Cara-Caranya !
Mar 11, 2016
Oleh Feyra Nasrom Kredit Huda Mohamad
Sebenarnya, banyak je cara paling mujarab untuk hilangkan batuk anak anda. tidak perlu bersusah payah beli bermacam-macam ubat, guna cara tradisional dan bahan-bahan yang tersedia ada pun lebih berkesan kot! Kadang-kadang, tak pernah tahu pun cara-cara yang dipaparkan sebenarnya boleh mengubat sakit anda. Bagi mereka yang mengalami batuk teruk terutamanya kanak-kanak, boleh amalkan cara ini dekat rumah. Tapi, sebelum tu ada beberapa bahan yang perlu disediakan, berikut merupakan cara-cara dan bahan yang diperlukan untuk merawat batuk anda !
-Sediakan 3 sudu besar tepung gandum
-2 sudu besar minyak sayur atau lagi berkesan, guna minyak habatussauda, ( titik dalam minuman kanak-kanak yang ada asthma pun boleh )
-1 sudu besar madu asli
- Jus halia ( jika demam, tak perlu letak pun takpe sebab jus halia tujuan ingin panaskan badan, jika sekadar batuk sahaja, disarankan letak jus ini okay !)
-sesudah campur semua bahan ini, gaul sehingga menjadi adunan doh sebesar bola pingpong kemudian, leperkan dan letak dekat dada. Insyaallah mujarab dan berkesan!

Dah tahu caranya kan? jadi, korang boleh cuba buat cara ini , tak susah pun, senang aje ! selamat mencuba ya
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Kayuh Basikal Jual Nasi Lemak Di Australia Demi Meneruskan Kehidupan
Next →
Si Hamster Nak Main Roda, Kucing Ni Pun Sibuk Nak Main Roda. Comel Gila !