Oleh Feyra Nasrom . Sumber Astro Awani
Terlalu inginkan bekas teman lelaki pulang ke pangkuan, seorang gadis dari China sanggup melakukan pembedahan plastik yang ekstrem semata-mata ingin tawan kembali hati bekas teman lelakinya.
Lee Hee Danae yang berumur 16 tahun sanggup melakukan pembedahan mentransformasikan dirinya menjadi anak patung Barbie demi mengutamakan tujuan sebenarnya itu. Pembedahan di bahagian rahang, dagu dan matanya di lakukan untuk kelihatan sempurna seperti anak patung Barbie. Pembedahan di kelopak mata untuk menjadikan mata kelihatan lebih besar manakala pembedahan di dagu serta rahang bertujuan ingin menampakkan muka kelihatan lebih tirus. Pembedahan di Kedua-dua tempat ini amat popular di negara China.

Gambarnya mula viral setelah Lee sendiri memuat naik foto terkini beliau di media sosial seperti weibo dan mula mendapat lebih 400 k pengikut. Rata-rata pengikut meninggalkan komen mengatakan Lee “terlalu cantik untuk dipandang”. Walaupun dirinya mula mendapat perhatian di mata lelaki, namun tidak pasti samada tujuan untuk mendapatkan kembali bekas teman lelakinya itu berjaya atau tidak. Kini, Lee mula terkenal di negara China di atas kebesaran cintanya terhadap lelaki tersebut.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm