← Kembali
Respon Masyarakat Bila Melihat Wang Tercicir Jadi Viral
Mar 08, 2016
Oleh Feyra Nasrom. Sumber Youtube.
Satu video arahan penerbit serta pengarah filem, Jason Lim berjudul Greed dikongsi melalui laman Facebook dan Youtube viral di media sosial apabila video tersebut mendapat perhatian orang ramai akan mesej yang ingin disampaikan. Tujuan video ini dilakukan adalah ingin menguji sejauh mana sifat kejujuran setiap lapisan masyarakat di negara kita ini.
Video ini memaparkan seorang lelaki yang sedang berjalan kaki di kaki lima sengaja menjatuhkan wang yang bernilai antara RM 50 hingga RM 10. Wang kertas dijatuhkan ketika orang ramai sedang berjalan untuk melihat apa respon setiap masyarakat samada mereka mengambil wang tersebut ataupun memulangkan kembali wang itu kepada lelaki berkenaan.
Sekadar ingin membuat pemerhatian, video ini merakam setiap respon masyarakat apabila ternampak wang tersebut tercicir dari poket seseorang. Setelah dimuat naik, video ini viral dan dikongsi seramai 36 k netizen di media sosial terutamanya Facebook. Lebih 950 ribu orang yang menonton dan rata-rata meninggalkan komen yang positif akan intipati serta mesej yang terkandung dalam video ini.
Menerusi video ini, anda boleh nilai sendiri tahap kejujuran seseorang itu bukanlah berdasarkan agama, bangsa serta dari mana datangnya asal usul seseorang itu. Selamat menonton!
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Pakai Kostum Pontianak Jual Murtabak Kini Trending
Next →
Kilang Nyamuk Terbesar Ini Membiakkan 20 Juta Ekor Nyamuk Setiap Minggu Dan Melepaskan Nyamuk Itu Ke Udara!