Oleh Syazwan Aizad. Sumber mStar Online.
Duta kosmetik, Dato' Vida yang kini berada di Madrid, terpaksa membatalkan hasratnya untuk bertemu dengan bintang bolasepak Real Madrid, Christiano Ronaldo, atas sebab yang tidak dapat di elakkan oleh pengurusan Real Madrid sendiri.
Walaubagaimana pun, Dato' Vida tidak pulang dengan kehampaan apabila beliau berjaya mengambil foto “selfie” bersama Christano Ronaldo di Stadium Santiago Bernabeu sebagai tanda kenangan, walaupun ia hanya lah sekeping poster.
“Saya kecewa. Saya telah merancang untuk bertemu pemain itu, tetapi tidak berjaya," kata Dato' Vida kepada sebuah portal.
"Walaupun hanya poster gambar Ronaldo, saya berpuas hati dan membuatkan perasaan kecewa saya hilang."
Dato' Vida juga berpeluang untuk ke bilik persalinan pemain Real Madrid. "Peluang untuk melawat stadium ini memberikan saya pandangan yang berharga untuk dibawa pulang ke Kelantan," katanya mengenai lawatan beliau ke Real Madrid pada Selasa lepas.
Beberapa foto dan video nya bersama dengan Nabil di Madrid turut dikongsi di laman Instagram nya.
A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm