Sumber: Mstar Oleh: Aimi Nordin
Baru sahaja berita perpisahan hubungan cinta antara Fattah Amin dan Sherry Ibrahim. Bagaimanapun hari ini timbul pula cerita ianya berpunca daripada orang ketiga iaitu seorang model muslimah Hanis Arif.
Pengasas tudung jenama Tudung Ruffle berusia 26 tahun itu bagaimanapun terkejut dengan dakwaan tersebut dan menyatakan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Fattah dan dia juga bukanlah punca perpisahan mereka.
"Saya terkejut apabila dikaitkan sebagai punca mereka berpisah, saya mengenali Fattah sejak tiga tahun lalu sebagai rakan biasa sahaja dan tiada hubungan istimewa.
"Mungkin orang nampak kami berjumpa minggu lalu, namun ia atas urusan kerja kerana Fattah minta saya bantu dia menjayakan sebuah program berkaitan fesyen muslimah terbitan A. Aida Production.
"Kami berjumpa pada pukul 11 malam di sebuah kedai mamak di Subang kerana itu sahaja masa yang ada, bukanlah pukul 1 pagi seperti yang diperkatakan pemilik media sosial," ujarnya kepada mStar Online.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm