Oleh: Aimi Nordin
Selepas single 'Mama' yang dicipta dan ditujukan khas buat arwah ibunya, Alif kini masih lagi sibuk dengan penghasilan album terbarunya yang dilakukan secara berperingkat.
Ingin berkolaborasi dengan ramai penyanyi berbakat besar, Alif mengaku teringin untuk berkolaborasi dengan Nabila Huda dan Ziana Zain semasa ditemui di Pesta Raya, Singapura.
"Tahun lepas dia (Nabila Huda) ada hantar saya lagu dan meminta saya buatkan muziknya. Tapi mungkin dia sibuk dengan perkahwinan dan sebagainya." jelasnya yang kini sudah hasilkan lebih 100 buah lagu.
"Saya ada satu lagu dengan Ziana Zain tapi tengah tunggu dia masuk studio. Saya dibesarkan dengan arwah mama dengar Ziana Zain dan Siti Nurhaliza. Dan bila saya dengar lagu tu saya suka bayangkan dia punya muzik video, dia punya konsert dan pakai baju apa." jelas Alif yang semakin teruja melihat anaknya membesar depan mata.
Selain dari Nabila Huda dan Ziana Zain, Alif juga ada menghasilkan lagu untuk Kaka Azraf, Terima Kasih yang bakal dilancarkan tak lama lagi.
A video posted by ERA fm Muzik Hit Terbaik (@era_fm) on
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm