Oleh: Aimi Nordin

Yuna jarang berkongsi kisah peribadinya terutama kisah cintanya kerana dia lebih gemar orang memperkatakan mengenai karier seninya. Tapi sudah lumrah menjadi selebriti, apa saja mengenainya pasti menjadi perhatian peminat terutama kisah cinta.
Jika sebelum ini menjadi tanda tanya kenapa Yuna ada dalam muzik video Bunga Citra Lestari yang dilakukan di Amerika Syarikat (US). Nampaknya, segalanya terjawab apabila adik kepada pelakon Asyraf Sinclair, Adam Sinclair memuat naik gambar Yuna dan memanggilnya 'Sayang'.
Adam juga menerusi akaun Instagramnya, banyak memuat naik gambar Yuna dengan kapsyen yang sweet. Mungkinkah Adam lelaki yang istimewa dalam hati Yuna sekarang?




A video posted by Adam Sinclair (@adamyousofunny) on