Oleh Syazwan Aizad. Sumber Portal Astro Gempak & IG Nadya Syahera

Nadya atau nama sebenarnya Nadia Syahera Rosli, 22, memberitahu portal Astro Gempak selasa lalu, bahawa dia perlu menjalani pembedahan secepat mungkin selepas doktor mengesahkan dirinya menghidap bengkak kalenjar (Cyst).
Nadya atau lebih dikenali sebagai Bella menerusi sebuah filem bersiri berkata sebelum pembedahan ini, dia perlu ulang alik ke hospital setiap hari dan hanya mengambil ubat tahan sakit.
"Selepas disahkan ada 'cyst', doktor sarankan supaya saya jalani pembedahan secepat mungkin dan saiz 'cyst' saya juga dah sebesar telur burung puyuh.
Menerusi laman Instagram nya, Nadya memuatnaik gambar yang beliau telah pun selamat menjalani pembedahan itu dan meminta agar semua mendoakan dirinya agar cepat sihat.

Terdahulu, mengulas mengenai penyakit tersebut, Nadya memberitahu dia mula berasa pelik setelah mendapati seperti ada benjolan pada bahagian bawah perutnya.
"Pada mulanya saya hanya rasa tak lalu makan dan rasa sedikit sakit di bahagian perut.
"Namun pada minggu ini kesakitan itu semakin teruk sehingga membuatkan saya terlantar di rumah.
"Selepas itu saya rasa seperti ada sedikit benjol dan semakin lama semakin besar.
"Selepas dibawa ke hospital, doktor sahkan saya ada 'cyst'," jelasnya.
Kami di ERA mendoakan agar Nadya cepat pulih dan kembali sihat seperti sediakala. Amin.