Krisdayanti Mengaku Sedut Lemak dan Mahu Buat Pembedahan Plastik Pula
Tak dinafikan Krisdayanti memang antara penyanyi Indonesia yang sangat cantik.
Aug 05, 2016
Sumber: Malaysian Digest Oleh: Aimi Nordin
Menjadi seorang yang dikenali ramai bukan sahaja di Indonesia, Krisdayanti punya cara tersendiri untuk menjaga imej dan penampilannya supaya sentiasa tampil menarik dan mempersonakan. Bukan sahaja dari segi pakaian, Krisdayanti, 41 juga sangat menitik beratkan soal kesihatan dan penjagaan dalaman.
Bagaimanapun itu masih belum cukup. Penyanyi yang berasal dari Batu, Jawa Timur ini mengaku melakukan rawatan sedut lemak untuk memastikan dirinya sentiasa ramping.
"Kalau pembedahan plastik saya ingin ketika saya berumur 50 tahun. Kalau sekarang tidak, ya. Sekarang saya berlari di atas treadmill sekurang-kurangnya 1 jam tanpa henti," tuturnya.
"Kalau sedut lemak memang saya sudah saya lakukan sejak dulu. Bukan fenomena. Kalau dirasakan perlu dan tidak memudaratkan, ia tidak menjadi masalah," akuinya.
Walaupun mahal, isteri kepada jutawan dari Timor Leste ini tidak kisah jika perlu mengeluarkan modal yang banyak.
"Iya lah mahal, doktornya mahal dan satu titik kosnya cecah USD2,000," tuturnya.
← Previous
Fiza Halim Rampas Suami Orang Hingga Bercerai?
Next →
Saiz 'Cyst' Dah Sebesar Telur Burung Puyuh, 'Bella' Selamat Menjalani Pembedahan