Oleh Syazwan Aizad. Sumber IG @izreen.azminda
Jika sebelum ini, beberapa akaun selebriti tempatan telah digodam oleh individu/pihak tak bertanggungjawab, kini pelakon Izreen Azminda, 31, menjadi mangsa terbaharu apabila akaun laman sosialnya itu yang mempunyai 1.2 juta pengikut pula diceroboh.

Izreen Azminda Aznam berkata, insiden itu membuatnya tertekan terutama apabila sebahagian besar gambar yang di muat naik di laman sosial berkenaan tiada lagi dalam simpanannya.
"Saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya kerana terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Lebih membuatkan saya terkilan, banyak gambar dalam akaun Instagram itu sudah tiada lagi dalam simpanan saya.
Sebelum ini, saya begitu berhati-hati terutama apabila mendapat tahu banyak akaun rakan artis lain yang menjadi mangsa penggodam. "Setiap kali menerima e-mel berkaitan Instagram, saya tidak akan membukanya. Saya takut jika ia datang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi, ia tetap berlaku dan saya begitu terkilan," katanya kepada BH Online.
Tak cukup dengan itu, muncul pula beberapa akaun fake konon itu adalah akaun sebenar Izreen Azminda:


Ini adalah akaun sebenar Izreen Azminda :
