Oleh: Aimi Nordin Sumber: BH
Jika sebelum ini kakak kepada penyanyi Adira cedera hingga hampir putus telinga akibat ditetak, terbaru ayah kepada pelakon Emma Maembong cedera ditetak di kepala dan tangan di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 24, berkata, dalam kejadian itu, bapanya mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, jari dan siku. Namun berada dalam keadaan stabil walaupun dimasukkan ke ICU.
"Bapa saya sedang dirawat, saya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik dan mohon berikan ruang kepada kami sekeluarga," kata Emma
Bapa Emma kehilangan komputer riba, dompet dan telefon bimbit.
"Kami masih menanti status terkini ayah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Sebaik saja mendapat kepastian, kami akan membuat laporan polis," kata Emma.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm