Sumber: BH Oleh: Aimi Nordin
Tak ada siapa yang tak takut bila terperangkap dalam pesawat selama berjam-jam disebabkan ada masalah dan sebagainya. Shaheizy Sam terpaksa berdepan situasi menakutkan itu selepas terperangkap dalam kapal terbang yang dinaiki menuju ke Switzerland selama 7 jam.
Beliau dalam perjalann untuk menghadiri Festival Filem Locarno ke-69 bagi filem Interchange yang dilakukan bersama Nicholas Saputra, Iedil Putra dan ramai lagi. Menurut status Facebook pengarah filem tersebut, Dain Said, mereka pesawat mereka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan gara-gara ada sebuah kapal terbang yang terbakar.
Sam juga kehilangan bagasinya dan terpaksa tunggu beberapa hari hinggalah dua jam sebelum majlis.
"Sam terpaksa menunggu bagasinya untuk beberapa hari dan terpaksa membeli pakaian baharu sementara mendapatkan begnya semula.
"Cabaran buat Sam, dia mendapatkan semula bagasi berkenaan kira-kira dua jam sebelum majlis berprestij itu bermula," katanya.