
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Menerusi drama bersiri Tundukkan Playboy itu, pelakon berbakat baharu, Hafidz Rosdi tidak menafikan gelagatnya bersama Uqasha Senrose sememangnya mesra. Atas dasar kerja dan komitmen lakonan, keakraban yang ditonjol menerusi sosial media akhirnya menimbulkan perasaan cemburu dan rasa kurang selesa di hati tunangnya.
" Tunang pernah meluahkan perasaan cemburu apabila sering memuat naik gambar bersama Uqasha di laman sosial"

Sudah menjadi adat bagi pasangan bercinta, pasti akan wujudnya perasaan cemburu jika melihat pasangan sendiri mesra bersama orang lain. Namun Hafidz menjelaskan isu akrab bersama Uqasha cuma perwatakan yang harus dibawa untuk mempromosikan drama tersebut. Menurut Hafidz, tiada istilah percintaan di luar lokasi selain menjalankan karier sebagai anak seni.
"Pada mulanya, agak sukar untuk dia terima situasi ini, namun setelah menjelaskan secara terperinci kenapa saya berbuat demikian, alhamdulillah tiada lagi salah faham timbul dan sudah lumrah wanita jika simpan perasaab cemburu, itu tandanya dia menyayangi saya" ujar Hafidz berseloroh.
Hafidz akui sudah bertunang 5 Disember lalu dan kini bakal isterinya sedang menuntut peringkat ijazah di kolej swasta. Bagaimanapun, tiada perancangan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini.