Oleh Aimi Nordin. Sumber MS
Jika sebelum ini kecoh mengenai perpisahan penyanyi Elly Mazlein dengan suaminya semasa mengandungkan anak pertama mereka dan Elly mendakwa pelakon Faye Kusairy antara punca perpisahan mereka.
Namun Faye Kusairy menafikannya dan meminta Elly Mazlein meminta maaf secara terbuka kerana ia memberi kesan kepada diri dan kariernya. Elly bagaimanapun tidak memberi sebarang komen dan bersedia jika dia harus ke mahkamah untuk selesaikan perkara tersebut.
"Saya tidak mahu komen apa-apa, sekiranya dijemput, saya akan pergi saja ke mahkamah..." katanya kepada akhbar tempatan.
Faye dalam satu kenyataan lain memberikan tempoh dua bulan untuk Elly menarik balik tuduhan yang dianggap fitnah kepadanya. Faye serahkan segalanya kepada peguamnya.
Saya tidak boleh beri sebarang komen tentang perkara berkaitan isu itu. Tempoh tersebut ialah dua bulan dalam masa itu apa-apa juga boleh terjadi," ujarnya.