
Oleh Feyra Nasrom
Buat pertama kali program realiti baru Gempak Superstar bersiaran langsung menyaksikan pelakon hebat tanah air iaitu Sherry Ibrahim, Sofi Jikan, Tasha Shilla, Raja Ilya, Izreen Azminda dan ramai lagi menyahut cabaran sebagai penyanyi dikrtik hebat oleh netizen. Ada yang kata suara mereka tak sedap, tak pandai nyanyi dan sebagainya. Sebenarnya, kalau fikir logik, nak krtitik lebih -lebih pun tak boleh juga, mana tidaknya, mereka semua pada asalnya merupakan seorang pelakon, bukannya penyanyi.

Program ini sebenarnya ingin menunjukkan kelainan dimana, beberapa pelakon terpilih diberi cabaran untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang nyanyian. Jadi, normal jika ada sesetengah nyanyian mereka mungkin mencacatkan sedikit halwa telinga kita, ya tak? Tidak mengapa, yang penting, mereka sudah cuba yang terbaik untuk hiburkan korang. Persembahan akan datang, pasti akan ada peningkatan, rileks okay?
Sepanjang Gempak Superstar ini berlangsung, rata-rata netizen dikatakan tidak puas hati dengan pengacara program ini? ramai yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka melihat cara Scha Alyahya mengacarakan program ini ketika di pentas. Bukan sahaja dikritik, siap ada yang membandingkan Scha dengan Jihan Muse kot! Jom kita lihat apa komen netizen di media sosial :
Wah, memang lebat netizen mengkritik cara Scha jadi pengacara Gempak Superstar ni ya? setakat ini, masih belum ada tindak balas daripada Scha sendiri untuk menjawab kembali komen netizen ini. Biasalah, semua orang ada salah silapnya dalam melakukan sesuatu benda, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan okay? Untuk persembahan akan datang, pasti akan ada peningkatan, tidak kira penyanyi mahupun pengacara ! chill… huhu