Sumber: Media Hiburan Oleh: Aimi Nordin
Pasti ramai yang minat menonton lakonan Siti Nordiana dan Alif Satar dalam drama Dia Semanis Honey kan? Semua rasa sweet je bila tengok.
Tapi mengetahui status Alif Satar sebagai suami orang, Siti Nordiana mengelak daripada bersentuhan dalam setiap adegan dalam drama tersebut bagi menjaga hati isteri Alif.
“Alhamdulillah gandingan saya dan Alif menjadi. Saya tak sangka akan diterima disebabkan saya pun gemuruh dengan respon peminat. Ini berikutan saya dengan Alif kali pertama bekerjasama, malah, jarak usia kami juga agak jauh juga”

“Namun, lama-kelamaan saya rasa ada keserasian kerana dibantu oleh Alif dan pengarah. Apapun semua itu atas dasar kerja dan saya cuba sedaya-upaya untuk menjaga batas-batas antara kami berdua”
“Kebanyakkan babak romantik saya mohon agar tidak ada adegan bersentuhan. Ini kerana saya juga pernah menjadi isteri, jadi saya faham bagaimana perasaan seorang isteri,” jelas Nana kepada Media Hiburan.