Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Pelakon jelita Jue Aziz atau nama sebenar Zuliana Abdul Aziz akui sedih dan terkilan dengan berita keguguran yang dialami. Namun, ianya bukan pemutus semangat untuk mencuba kembali memperoleh cahaya mata.
Difahamkan pelakon ini sanggup berhabis wang memborong alat ujian kehamilan semata-mata sebagai persediaan untuk memeriksa sendiri untuk mengesahkan dirinya benar-benar hamil suatu hari nanti.
“Kerana terlalu teruja, setiap masa saya akan buat pemeriksaan sendiri. Bayangkan saya beli begitu banyak kit ujian kehamilan dan setiap bulan saya dan Bayu tidak putus asa berusaha”

Walaupun masih dalam keadaaan sedih setelah keguguran, Jue tetap menganggap setiap apa yang berlaku ada hikmah nya dan dia dan suami tidak akan pernah berputus asa usaha kea rah cahaya mata seterusnya.
Jue kini sudah mempunyai seorang anak angkat yang bernama Dawrish dan anak sulungnya itu juga tidak sabar untuk memperoleh adik bongsu tidak lama lagi.