Oleh Feyra Nasrom Sumber Utusan Online
Semenjak berkahwin dengan model muslimah popular media sosial ,Atita Haris, pelakon Nas-T akui kehidupannya kini berbeza malah semakin diberi rezeki yang melimpah ruah. Kata Nas-T berkat selepas mendirikan rumahtangga, mereka banyak menerima tawaran untuk mempromosikan produk malah ada pihak produksi turut menawar Atita untuk dijadikan sebagai pelakon drama.
“Dulu asyik dengar kawan-kawan cakap, lepas kahwin insya-Allah rezeki bertambah. Akhirnya saya sendiri alami perkara itu. Bersyukur sangat atas limpahan rezeki-Nya ini.
“Selain itu, terdapat juga tawaran lain yang memerlukan kerjasama kami bertiga untuk menjayakannya”
Kata Nas-T, Atita menolak tawaran berlakon disebabkan dirinya berasa kekok berada di hadapan kamera namun tidak menolak jika ada produksi yang mengiginkan mereka digandingkan bersama kerana berminat ingin mencuba tambahan dengan kehadiran suami disisi akan mampu menghilangkan rasa gugupnya di hadapan kamera.