← Back to list
Siti Elizad Digugurkan Dari Jadi Duta Produk
Jan 06, 2016
Oleh Izzat Ismail. Sumber Mstar
Isu melibatkan artis digugurkan daripada menjadi duta sesebuah produk sebenarnya bukanlah satu benda yang baru. Sebelum ini juga, beberapa orang artis turut mengalami perkara yang sama selepas tidak mempunyai persefahaman terutama dengan pemilik produk berkenaan.
Itulah yang terjadi buat pelakon Siti Elizad yang turut mengakui kontraknya sebagai duta bagi sebuah produk kecantikan sudah dibatalkan kerana merasakan dirinya disekat daripada membantu perniagaan yang lain. Tambahnya lagi, pelakon berusia 32 tahun ini mula berasa tidak selesa terutama apabila pihak berkenaan melarang dirinya untuk mempromosikan produk lain walaupun ianya bukanlah pesaing.
Walaupun cuba diajak berbincang, pelakon wanita ini gagal menemui titik penyelesaian dan mengakui sudah menerima notis berhubung pembatalan kontraknya. Siti Elizad dalam masa yang sama turut tidak mahu memanjangkan perkara tersebut dan mengakui pengalaman tersebut mengajar dirinya agar lebih berhati-hati selepas ini untuk menerima tawaran daripada mana-mana produk kecantikan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Maria Farida Tampil Jawab Dakwaan Anak Tirinya
Next →
Erin Malek Sudah Berhijab?