← Back to list
Maria Farida Tampil Jawab Dakwaan Anak Tirinya
Jan 05, 2016

Oleh Zarul Anwar. Sumber Astro Gempak dan Malay Mail Online, Kosmo.
Anak kepada Datuk Rahman Shakur yang juga merupakan anak tiri kepada Maria Farida mendakwa bapanya berubah sikap dan mengabaikan adik-beradiknya selepas berkahwin dengan pelakon sensasi itu.
Nurshazleen Anis, 28 menjelaskan pada mulanya semua berada di dalam keadaan baik tetapi ianya berubah selepas bapanya mendirikan rumahtangga bersama pelakon sensasi itu sehingga keadaan hidup mereka adik-beradik terabai dan tidak terurus.
“Saya terkilan dengan papa yang langsung tidak menjenguk ketika saya dimasukkan ke hospital kerana denggi.
Daripada adik-beradik, saya dapat tahu papa terlalu marah dengan saya tetapi saya tidak tahu apa puncanya.
“Ketika di hospital, saya mula nampak belang Maria dan dari situ, saya mula sedar kami akan ditendang dan perlu mencari hidup sendiri.
“Banyak perkara yang dipertikaikannya dan ia sangat menyakitkan hati. Maria menghancurkan kebahagiaan keluarga kami,” katanya.
Shazleen juga mendedahkan dirinya sebeum ini dihasut untuk memburukkan ibu kandungnya, Karen Rahman, 44 melalui laman sosial serta dipaksa mengeluarka kenyataan negative dalam sebuah program hiburan.
“Saya terkesan sangat kerana dulu, saya pernah memburukkan dan membuangnya tetapi kini mummy [Karen] yang sentiasa mengambil berat.
“Saya buang mummy dulu kerana terpengaruh dengan cerita hasutan,” katanya.
Susulan daripada berita ini yang tersebar luas dan laporan dari portal Kosmo, Datin Maria Farida mendakwa dirinya difitnah dan menafikan dakwaan yang kononya dia menghasut suaminya, Datuk Rahman Shakur untuk mengabaikan kebajikan anak tiri mereka.
“Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh timbul. Kami berdua memang terkejut dengan kenyataan Nurshazleen yang dibuat secara tiba-tiba ini.Hubungan suami dan anak-anak tiri saya sangat rapat, malah baru sahaja berjumpa beberapa hari lepas.
Tiada pula timbul soal menghasut bapa mereka untuk tidak mempedulikan kebajikan anak-anak.”
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Ella Dan Suami Tidak Tertekan Soal Anak
Next →
Kes Cemburu Gaun Cantik, Anzalna Enggan Ambil Tahu Siapa Pelakon Berkenaan