← Back to list
Erin Malek Sudah Berhijab?
Jan 08, 2016
Oleh Izzat Ismail
Ayunya tatkala melihat wajah Erin Malek mengenakan selendang melalui laman sosial Instagram. Peminatnya di laman sosial turut bersetuju dengan perkara tersebut dan ramai yang mendoakan agar ibu kepada seorang cahaya mata ini akan membuat perubahan sedikit masa lagi.
Erin dalam pada itu tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut malah beberapa keping gambar dia bertudung mungkin memberi gambaran mengenai perkembangan semasa pelakon ini. Untuk makluman, Erin Malek telah selamat melahirkan anak sulung mereka pada Okotber tahun lalu dan pada awal Disember pasangan ini telah telah mengadakan majlis akikah buat putera sulung mereka, Mohamed Faliq.
Apapun diharapkan agar ada berita baik dari pelakon cantik ini dan semoga keluarga Erin Malek dan keluarga bahagia senantiasa.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Marsha Teruja Hidup Berumah Tangga
Next →
Nora Danish Pilih Untuk Diam