Oleh Feyra Nasrom Sumber Indian Express
“ Balik Shah Rukh Khan” satu slogan yang dilaungkan oleh sekumpulan pelajar dari Kolej Hansraj , New Delhi yang bertindak melakukan satu protes terhadap Shah Rukh Khan ketika beliau tiba di kolej tersebut untuk menerima skrol ijazah sarjana muda di hari graduasinya.
Pelajar di kolej tersebut enggan berganjak dan tidak henti-henti melaungkan slogan itu kepada SRK. Usaha pihak polis untuk menghentikan situasi yang memalukan SRK itu ternyata tidak berjaya sama sekali. Menurut sumber, ada beberapa perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati oleh beberapa pihak menyebabkan Shah Rukh Khan dikecam oleh rakyat di negaranya sendiri.
Selain daripada menerima skrol ijazahnya, kehadiran bintang Dilwale yang berusia lewat 50 an itu juga ingin mempromosikan lagu dalam filem terbarunya namun tidak menyangka kedatangan beliau disambut dengan kemarahan oleh pelajar di kolej tersebut.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm