Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Baru sahaja berita Yatt Hamzah yang akan bernikah pada 27 Februari ini diumumkan (Baca : Yatt Kembali Bergelar Isteri Pada 27 Februari Ini), timbul pula satu kenyataan panas yang diakui sendiri oleh bekas suaminya , Abdul Mutalib Abdul Shukor mengenai soal kehadiran orang ketiga bukan punca keretakan rumah tangga mereka. Kenyataan itu dinafi sama sekali oleh beliau.
Abdul Mutalib tampil memberi penjelasan rasa tidak puas hati mengenai perkara tersebut dan mengeluarkan kata-kata hint seolah-olah punca penceraian yang berlaku sememangnya disebabkan dengan kehadiran orang ketiga. Jadi, adakah benar kehadiran orang baru yang bakal bergelar suami kepada Yatt Hamzah nanti merupakan punca rumahtangga mereka goyah?
"Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai 'orang ketiga' dalam khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya.
"Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka.
"Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat. Cukuplah komen saya mengenai hal ini,
Bagi pihak Yatt Sendiri, beliau memang menafikan tiada soal orang ketiga yang menjadi dalang perpisahan antara mereka. Bakal suami yang dikenal tidak ada kaitan dalam masalah rumahtangga beliau. Mungkin jodoh bersama bekas suami tidak lama dan menganggap itu sudah taktir yang tertulis. Namun begitu, berita perkahwinan Yatt Hamzah yang diterima Abdul Mutalib bukan sesuatu yang memeranjatkan. Malah beliau terima dengan hati yang terbuka dan mendoakan agar Yatt menjadi seorang isteri yang menghormati, jujur dan taat kepada suami.
Kebenaran sebenar tiada siapa yang tahu, mungkin mereka berdua cuba untuk membaik pulih kembali hubungan namun pelbagai onak duri yang harus ditempuh dalam mengekalkan sesuatu hubungan itu. Perpisahan yang berlaku tidak semudah yang kita sangkakan. Namun, ianya bergantung pada pasangan bagaimana mereka mengatasinya. Diharap, Abdul Mutalib bertabah menghadapi dugaan ini dan untuk Yatt Hamzah, selamat menjalani ikatan suami isteri tidak lama lagi. Semoga jodoh baharu ini kekal sampai bila-bila.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm