Oleh Feyra Nasrom Sumber Hanasuva
Anzalna Nasir merupakan pelakon serta model wanita jelita yang kian meningkat naik di industri seni tanah air. Penampilannya yang cantik dan berperwatakan lemah lembut ini sentiasa mencuri perhatian media dan peminat hiburan tanah air. Mana tidaknya, kehadiran Anzalna di khalayak orang ramai ada auranya tersendiri dan membuatkan orang yang melihatnya sukar untuk alih pandangan mata. Tengok lakonan beliau di kaca TV pun sudah cukup mencairkan hati, ya tak?
Tak lama lagi, Anzalna bakal mendirikan rumah tangga (Baca Anzalna Nasir Kenal Bakal Suami Di Myspace), sudah semestinya kecantikan sebelum bergelar ratu sehari harus dijaga. Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa rahsia kecantikan wanita ini kan? Mudah sahaja. Jika dilihat kembali tips yang dikongsi oleh Anzalna sendiri, anda semua pun boleh buat setiap hari di rumah. Bagi wanita dan gegadis di luar sana, jika anda ingin kelihatan cantik menawan seperti Anzalna Nasir, jom usha tips ini dan amalkan setiap hari ya ! rugi tau kalau tak ikot!
1) Sapu Putih Telur Di Muka
Haa kenapa mesti putih telur? Ini kerana, putih telur mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mampu melembabkan kulit wajah, menegangkan kulit muka dan juga mempercepatkan proses penjanaan pada kulit wajah. Sebelum korang tido, sapu di muka dan pasti wajah anda akan rasa sedikit kelainan pada esok hari. Cuba lah buat malam ni okay !
2) Baca Selawat Setiap Kali Basuh Muka
Petua ini Anzalna sentiasa amalkan, setiap kali korang nak basuh muka, ringankan mulut baca selawat untuk mengekalkan keserian wajah berpanjangan setiap hari. Dan pastikan anda basuh muka dengan cara yang betul untuk elakkan jerawat dari tumbuh.
3) Cuci Rambut Setiap Hari Dan Sapu Vitamin
kalau nak rambut lebat hitam ikal mayang seperti Anzalna, amalkan cuci rambut setiap hari dan sapu vitamin. Jangan malas, jika anda ikut tips ini secara konsisten, hasilnya pasti akan memuaskan hati. Nak cantik mestilah gigih sikit.
4) Pengambilan Makanan Sederhana
Kalau nak badan cantik dan ramping, ajar diri untuk makan makanan dalam kuantiti yang sederhana, jangan terlalu makan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi. Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan air. Lebihkan makan sayur- sayuran dan juga protein. Makanan berminyak juga harus dielakkan.
5) Banyak Minum Air Suam
Anzalna sarankan agar amalkan diri minum air suam selepas bangun tidur untuk nampakkan kulit cantik semula jadi. Yang penting, jangan biasakan diri minum minuman manis sebab kandungan gula dalam sesuatu minuman itu tinggi dan boleh menggemukkan diri anda. lebihkan air kosong, kurangkan air manis.
6) Jangan Terlalu Kerap Makeup
Kita semua pun tahu, tidak elok sebenarnya biarkan kulit dalam keadaan makeup yang lama. Ianya akan membantut pernafasan oxygen di muka dan boleh menimbulkan kesan jerawat dan sebagainya. Kadang-kadang, kandungan alat solek juga mempunyai kandungan yang tidak elok untuk kulit muka dan boleh menyebabkan kedutan di muka pada usia yang masih muda.
7) Pandai Bergaya Mengikut Citarasa Yang Betul
Anzalna merupakan seorang yang sentiasa mengikut isu perubahan fesyen semasa ni. Kalau korang ada duit lebih, belanjakan wang itu untuk beli pakaian yang cantik. Bukan sahaja baju, malah aksesori di badan serta kasut juga memainkan peranan untuk kelihatan cantik. Tidak semestinya barang berjenama, Anzalna tidak mementingkan jenama, apa yang nampak cantik di mata, pastu akan dibelinya. Korang harus bijak membeli , jangan harga je mahal, tetapi tidak cantik untuk digayakan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm