
Oleh Feyra Nasrom Sumber Astro Gempak
Penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia, Ayda Jebat dilaporkan beg tangan miliknya diragut oleh dua orang lelaki ketika berada di kafe di Wangsa Melawati. Kata Ayda kejadian berlaku pada pukul 12 tengah malam ketika dia baru sahaja duduk di meja dan ingin mengambil telefon dalam beg tangan, tiba-tiba dua orang lelaki datang dan terus melarikan beg tangan Ayda.
"Dalam beg tersebut terdapat wang tunai, kunci kereta, dompet dan benda-benda penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank.

Laporan dibuat di Balai Polis Taman Melawati dan kos kerugian yang dialami tidak boleh didedahkan. Apa yang malang, kafe tersebut tidak mempunyai CCTV dan sukar untuk mengenalpasti peragut tersebut.
Jelas Ayda, dia tidak merasa trauma sebaliknya terkejut dengan tindakan pemuda itu yang berani meragut mangsa di tempat yang terbuka. Pesan pelakon ini agar berhati-hatilah dengan orang sekekliling terutamanya kaum wanita. Kejadian seperti ini tidak dapat dijangka dan bila-bila masa sahaja boleh terjadi.