
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Isu dengki , sakit hati, fitnah dalam industri seni ini merupakan paerkara yang tidak asing lagi. Tetapi kalau dah sampai sifat itu dibawa hingga menjejaskan periuk nasi orang apa cerita?
Pelakon bakat baharu Ruhainies atan nama sebenar Nur Ruhainies Fatehah akui kecewa apabila mendapat tahu seorang pelakon seangkatannya bertindak tidak puas hati dan cemburu dengan beberapa rezeki lakonan yang datang berpihak kepada Ruhainies.

Bermula dari satu Anuegrah yang dimenangi baru-baru ini ternyata pelakon tersebut sudah mempertikaikan kemenangan yang diperoleh oleh Ruhainies
“
Saya tak faham kenapa mesti pertikaikan, sedangkan bakat lakonannya turut hebat dan sentiasa menghiasi kaca televisyen”
Saya masih ingat dia sendiri pernah datang kepada saya dan mempersoalkan, kenapa saya dapat watak heroin sedangkan saya masih baharu berbanding dirinya yang sudah lama?

Apa yang cukup mengecewakan, nama Ruhainies juga telah digugurkan dalam pembikinan sebuah filem dan sebabnya berkait rapat dengan pelakon tersebut. Walau bagaimanapun, Ruhainies menganggap ia bukan rezekinya dan terima dengan hati yang terbuka.
"Semua ini adalah rezeki dan takkan saya perlu tolak tawaran hanya kerana saya baharu? Apabila ditawarkan, saya yakin pengarah tahu saya mampu melakukannya,"
Tambah Ruhainies, perkara ini tidak seharusnya berlaku, rezeki masing-masing kenapa harus cemburu? Jika ingin bersaing biarlah dengan cara yang positif, bukan dengan iri hati seperti ini.