
Oleh Feyra Nasrom Sumber HM
Zaman sekarang , nak cari keuntungan punya pasal mereka sanggup menjual nama orang lain untuk sesuatu berita yang tidak betul. Demi mengaut keuntungan yang banyak, ada pihak yang bertindak menyebarkan fitnah terhadap pelakon dan model cantik Syatilla Melvin dengan mangada-adakan cerita bahawa pelakon ini sednag hamil. Lebih teruk, berita tersebut ditokok tambah lagi dengan kenyataan dimana kehamilan itu seolah-olah membebankan keluarga belah ibu mentuanya.
"Bagi saya perkara itu bukan doa sebaliknya satu kenyataan berbaur fitnah. Dalam masa sama ia mengaibkan saya, keluarga dan ibu mentua. Ayat yang digunakan seolah-olah menggambarkan berita kehamilan saya itu mendatangkan masalah besar sedangkan saya belum lagi hamil

Screenshot yang sempat diambil memaparkan fitnah yang disebar itu berpunca dari sebuah laman iklan peniaga ‘online” yang kononnya mengisahkan 10 perkara pelik ketika pelakon popular Shaheizy Sam dapat tahu Syatilla Melvin hamil. Intipati cerita palsu itu menggambarkan ibu Sam , Khaty Fauziah tidak suka dengan berita kehamilan Syatilla dan mereka juga dikatak bergaduh sehingga melibatkan keluarga belah Syatilla.
"Saya tahu pihak berkenaan sekadar mahu mengaut untung daripada pengguna apabila ada yang menekan butang 'klik' untuk membaca isi kandungan cerita itu. Mereka hanya mahu menipu dan mengaut keuntungan,"
Walau bagaimanapun, Syatilla sudah menafikan berita palsu itu menerusi akaun instagramnnya untuk mengelakkan salah faham orang ramai. Bagi pelakon ini, tindakan tidak bertanggungjawab itu cukup melampau sehingga membabitkan nama keluarga.

Kejadian ini selalu terjadi terutamanya bagi golongan artis, mereka pancing pembaca dengan mengeluarkan berita palsu supaya orang ramai klik dan baca kisah tersebut. Perkara ini juga sekaligus membuatkan orang ramai tertipu sedangkan berita yang dipapar itu tidak wujud sama sekali.