
Oleh Feyra Nasrom Sumber mstar
Semua sudah tahu, pelakon serta model jelita Izara Aishah sudah lama menyunting cinta bersama anak kepada Dato’ K , Adib Khalid. Bak kata orang, memang sepadan habis lihat dua pasangan ini. Namun, apabila kisah cinta sudah bertebaran di media sosial, pasti netizen serta peminat menunggu percintaan mereka dibawa hingga ke jinjang perkahwinan ya tak?
Menurut Izara, dirinya sudah bosan menjawab segala persoalan orang ramai mengenai perkahwinan beliau bersama Adib. Lagipun, umur Izara masih berusia 24 tahun dan masih jauh ingin memikirkan fasa perkahwinan itu.
Saya ini dah tua sangat ke hingga orang asyik tanya bila nak kahwin? Saya baru 24 tahun. Orang asyik tanya sahaja tentang kahwin sejak dari umur 17 tahun.
Untuk pengetahuan semua, kisahnya masih sama dan tidak ada apa-apa perubahan dari dulu sampai sekarang. Sampai satu masa nanti, bila kisahnya berbeza Izara sendiri yang akan beritahu kepada umum. Masanya akan tiba. Tunggulah dulu.

Tambah Izara, dia berharap pihak media serta orang ramai tidak lagi bertanya soalan yang sama memandangkan diri masih belum merancang apa-apa mengenai perkara tersebut.
Apa-apa pun, jangan tunggu lama-lama ya, nanti takut dikebas orang! hehe