← Back to list
Ella Dan Suami Tidak Tertekan Soal Anak
Jan 05, 2016
Oleh Ina Mohd
Walaupun usia perkahwinan mereka sudah tiga tahun, namun pasangan ini masih seperti berbulan madu. Ella dan suami, Azhar Ghazali tidak kisah dengan persoalan anak. Bagi mereka itu adalah doa dan pertanyaan ikhlas daripada orang sekeliling. Malah soal anak bukan isu besar bagi mereka.
“Masih ada yang bertanya soal anak. Rasanya setiap hari. Tetapi pada saya, ia seperti doa. Saya tidak tidak rasa tertekan. Pada saya, anak itu anugerah dari Allah SWT. Semua itu rezeki daripada DIA. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. DIA ada sebab untuk mengurniakan segera ataupun lambat. Sehingga hari ini kami masih lagi berusaha”, ujar Ella.
Ella dan Azhar juga mempunyai perancangan untuk mengambil anak angkat. Tetapi bukan masa terdekat memandangkan pelbagai rancangan untuk karier Ella pada tahun 2016 ini.
“Melihat rakan artis yang mempunyai anak angkat, rasa seronok. Kami ada juga terfikir untuk mengambil anak angkat. Apa salahnya kan kita pelihara anak yang tidak mempunyai keluarga”, kata Ella yang turut dipersetujui oleh Azhar.
Dalam sibuk merancang persembahan minggu setiausaha, Ella turut merancang persembahan secara Ballroom Tour. Masih lagi dalam perbincangan. Semuanya akan diumumkan apabila sudah ada persetujuan. Nampak gayanya, 2016 adalah tahun Ella. Pelbagai persembahan bakal diadakan untuk mendekatkan dirinya dengan peminat. Walau bagaimana pun, anda jangan lupa Minggu Setiausaha bersama Ella pada 27 April di Dewan Perdana Felda nanti.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Zombie La La La Gabungan Erma Fatima Dan Siti Rohayah
Next →
Nora Danish Pilih Untuk Diam