
Oleh Feyra Nasrom Sumber Astro Gempak kredit foto : Mangotouch
Memang tidak dapat dinafikan, gaun perkahwinan pelakon Anzalna Nasir memang meletop tip top habis ! rekaan ala-ala puteri raja itu menyerlahkan lagi kejelitaan Anzalna ketika di malam persandingannya. Malah, menjadi trending di setiap sudut ruangan media sosial kot! Siap ada yang jadikan gambar gaun ala-ala Barbie tu sebagai wallpaper di telefon bimbit mereka. fuhh dasyat betul ek? Sedang asyik menjadi buah mulut orang ramai mengenai busana cantik Anzalna, tidak sangka rupa-rupanya ada kisah disebalik rekaan gaun tersebut.
Tak sangka sebenarnya ada seorang pelakon yang tidak diketahui identitinya datang menghasut pereka gaun berkenaan, Teuku Putra Aziz agar menghasilkan gaun yang berupa ala kadar sahaja. Menurut sumber, pelakon berkenaan tidak ingin rakannya sendiri, Anzalna kelihatan meletop di hari perkahwinannya. Betul ke ni? Namun bila diminta pandangan Anzalna sendiri mengenai isu ini, beliau enggan mengambil tahu siapa individu berkenaan.
“Saya tak tahu siapa individu yang dimaksudkan. Jika ada pelakon wanita yang dengki, saya enggan memikirkan sangat mengenainya. Saya mahu biarkan sahaja perkara itu berlalu dan saya hanya berharap semoga dirinya dirahmati”.
Siapa agaknya yang dengki sangat tu? Ciri-ciri pelakon berkenaan dikatakan berambut hitam, lebat dan panjang, berperwatakan lemah lembut. Hmmm korang rasa siapa? Ishh tak elok lah nak menuduh sesiapa pun tanpa bukti, itu dah dikira sebagai fitnah. Tidak mengapa, adat kehidupan sebenarnya jika kita mempunyai pengalaman seperti itu dalam kehidupan. Yang penting majlis persandingan Anzalna selamat berjalan dengan lancar. Haaa sekarang ni kita tunggu Anzalna dan suami, Hanif Zaki timang anak pulak ya !
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm