Oleh Feyra Nasrom.Sumber Says. Kredit foto Twitter Filem Kita
Filem Redha lakonan hebat Namron, Nadia Nisa, Remy Ishak dan ramai lagi akan ditayangkan pada 14 April 2016 yang menceritakan kisah seorang budak autistik arahan Tunku Mona Riza. Filem ini dikhabarkan bakal memberi kelainan berbanding filem tempatan lain dan semestinya mempunyai elemen-elemen yang mungkin anda tidak tahu. Mesej yang disampaikan menerusi filem ini sangat mendalam dan banyak menceritakan soal kekeluargaan. Tahukah anda terdapat pelbagai fakta-fakta yang menarik di sebalik penggambaran filem ini?Usha jom!
1) Dibintangi pelakon hebat
Memang tidak dapat dinafikan, pemilihan pelakon semua hebat-hebat, setiap dari mereka pasti akan membawa watak yang pasti akan memberi impak yang besar kepada anda. File mini dibarisi pelakon hebat seperti Namron, Nadia Nisa, Remy Ishak, Ruminah sidek dan ramai lagi.
2) Inspirasi kisah Benar
Filem ini dihasilkan berdasarkan kisah benar. Lokasi penggambaran dilakukan di pusat Akuatik Shah Alam, Puchong dan juga Kuala Terengganu.
3) Banyak Scene “Underwater”
Filem ini banyak babak-babak dalam air. Jadi setiap angle dan shot yang diambil harus cantik dan tidak mudah bagi produksi kendalikan kamera dalam air ini. setiap shot yang diambil ada tekniknya. Kalau tak caye, cuba usha video ni.
4) Remy Ishak Masuk Kelas Renang
Remy Ishak memegang watak guru renang dalam filem ini. Untuk menjayakan lagi watak sebagai guru renang, Remy ishak masuk kelas renang 4 kali seminggu.
5) Rupa pelakon June Lojong seiras dengan Nadia Nisa
Mesti korang terkejut kan? Memang serupa habis! Jadi, pasti korang keliru dengan dua watak ini bukan? Jangan tertipu yee, Nadia Nisa dan June Lojong merupakan orang berbeza. Watak pun berbeza.
6) June Lojong Isteri Kepada Namron
Ya, June Lojong merupakan isteri sebenar kepada pelakon Namron. Sebelum ini Namron ada mengatakan perasaan tidak selesa jika ada adegan bersentuhan dengan pelakon lain. Namun pengarah Tunku Mona Roza tetap ingin Namron berlakon sebagai watak Razlan dan turut mengajak isterinya berlakon sekali.
Setelah dipujuk, June akhirnya bersetuju ingin membawa watak sebagai isteri kepada Razlan dalam filem itu.
Haaa kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa tonton filem Redha ini di panggung wayang berhampiran anda pada 14 April 2016 ini okay ! Tengok trailer filem Redha kat bawah ni.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm