← Back to list
Kisah Perjalanan Hidup Syafie Naswip, Menyentuh Perasaan Netizen
Mar 04, 2016
Oleh Feyra Nasrom Sumber Fauziah Ahmad Daud
“Jika ditanya siapa pelakon generasi baru yang saya kagumi, jawapan saya.. Syafie Naswip”.
Pengakuan itu dibuat oleh pelakon yang namanya tidak asing lagi dalam dunia seni, Fauziah Ahmad Daud dimana beliau berkongsi kisah di sebalik perjalanan hidup pelakon hebat, Syafie Naswip sebelum dirinya bergelar seorang artis.
Sangat mengharukan dan menyentuh perasaan, jika dilihat dari sudut kehidupan Syafie Naswip sekarang, memang jauh berbeza dan kini dengan rezeki yang diperoleh, pelakon ini sudah mampu mengubah keseluruhan hidup serta keluarganya. Siapa yang tidak kenal dengan artis berbakat besar ini, rata-rata drama serta filem yang dilakonkan banyak mendapat pujian daripada orang ramai. Malah, Syafie Naswip juga pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik dalam filem Mukhsin, Talentime dan juga Songlap.
Namun, itu kejayaan selepas beliau berjaya mengharungi pelbagai dugaan. Ada Kisah di sebalik kehadiran beliau di Festifal Filem Malaysia (FFM20) suatu ketika dahulu , Syafie cuma anak kepada pemotong rumput, datang daripada keluarga yang susah, namun tidak pernah malu untuk mengaku asal usul dirinya yang sebenar. Seorang lelaki yang sangat merendah diri dan tidak sombong, namun bakat lakonan yang di anugerah sangat besar dan disebabkan mutu lakonannya sendiri, Syafie Naswip berjaya ubah nasih keluarga. Mari kita baca kisah sedih ini :
Walaupun sudah agak lama kisah ini disiarkan, namun tetap menarik untuk dikongsi bersama. Pasti ramai yang tidak tahu kisah perjalanan sebenar hidup pelakon hebat ini, bacalah agar memberi pedoman kepada kita untuk lebih berusaha dan bersyukur dengan segala rezeki yang diberi. Semoga sikap seperti ini diteruskan.
*
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Isu Che Ta Pakai Purdah Kena Kecam Netizen
Next →
6 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Di Sebalik Penggambaran Filem Redha