Oleh Syazwan Aizad. Sumber BH
Selepas perkahwinannya bersama Adam menemui jalan buntu dan bercerai pada Disember 2015 yang lalu, hati Fiza Elite dikatakan kini sedang berbunga-bunga selepas dilihat memuat naik status percintaannya di laman Instagram.
Bagaimanapun, menerusi temubual di Berita Harian, Fiza berkata dia masih belum bersedia mendedahkan identiti buah hatinya itu.
“Saya belum bersedia untuk memberi komen lanjut mengenai perhubungan itu. Begitupun diakui, saya bahagia dengan seseorang. Lagipun gambar yang saya muat naik di Instagram sudah menunjukkan status perhubungan itu," ujarnya.
Untuk rekod, Fiza pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Adam sebelum ini pada September 2013, namun mereka bercerai pada April 2014, sebelum rujuk semula. Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan sekali lagi bercerai pada Disember 2015.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm