← Back to list
Tasha Shila Akui Mudah Terpedaya Dengan Lelaki, Serik Dengan Kontroversi
Mar 30, 2016
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Pelakon Tasha Shila , 29 dikatakan menyepi daripada dunia hiburan setelah hebat dilanda pelbagai kontroversi tahun lalu. Sebelum ini Tasha dikaitkan dengan hubungan cinta bersama peninju Muay Thai, Hans Wong namun hubungan mereka terputus di tengah jalan sebelum sempat bergelar suami isteri. Ekoran daripada itu, pelbagai gossip liar bertebaran di media sosial yang sememangnya memberi tamparan hebat terhadap dirinya dan juga status Tasha sebagai artis yang dikenali umum.
Mengambil keputusan untuk menyendiri daripada dunia lakonan seketika, Tasha Shila kini kembali aktif dengan semangat yang baru dalam karya seni dengan kemunculan beliau dalam program realiti tv baru iaitu Gempak Superstar.

Menurut Tasha, pengalaman yang terjadi memberi pengajaran yang banyak dan beliau akui mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki dahulu. Belajar daripada kesilapan, Tasha berjanji akan lebih berhati-hati mengenali lelaki selepas ini agar sejarah lalu tidak berulang kembali. Walaupun sudah bersedia ingin mendirikan rumah tangga, tetapi diri masih lagi solo dan buat masa sekarang Tasha ingin fokus dalam memperkukuhkan karya seninya.

Gempak superstar merupakan satu program nyanyian yang menyaksikan 10 pelakon terkenal berentap sebagai penyanyi ,dimana Tasha Shila akan bersaing dengan barisan artis popular lain seperti Nazim Othman, Soffi Jikan, Izreen Azminda, Raja Ilya , Sherry Ibrahim , Arja Lee, Dazrin Kamaruddin, Siti Elizad dan juga Ryfal Jaafar.

← Previous
Kekasih Baru Fiza Elite Seorang Juruterbang? Hati Fiza Kini Kembali Berbunga-Bunga
Next →
Anzalna Tangguh Bulan Madu Untuk Tunaikan Umrah Bersama Suami